Download Free Premium Joomla 3 Templates • FREE High-quality Joomla! Designs BIGtheme.net

Maklumat Syarikat Kami

Bring Future Together

Pengenalan

HN Wedding Exclusive merupakan perniagaan milik tunggal yang telah didaftarkan pada awal bulan Januari 2013 dengan menjalankan perkhidmatan butik pengantin di sekitar kawasan kajang / sek 7 bangi, selangor dan kawasan sekitarnya. Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan ini kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan mulai dari tahun 2008. HN Wedding Exclusive beroperasi di No.1-49, Jalan Kajang Impian 1/11, 43000 Kajang / Sek 7 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Premis ini terletak di lokasi berhampiran dengan taman-taman perumahan dan berhampiran jalan utama yang menjadi tumpuan mereka yang memerlukan perkhidmatan butik pengantin untuk majlis perkahwinan. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh HN Wedding Exclusive ini ialah perkhidmatan pelbagai pilihan set pelamin, baju pengantin lelaki & perempuan serta solekan yang pelbagai mengikut kehendak pelanggan. Disamping itu, butik ini menyediakan tempahan gubahan hantaran bagi bakal pengantin yang inginkan kelainan dari yang biasa serta tempahan manik pada pakaian lelaki dan wanita. Harga yang ditawarkan di butik ini amat berpatutan dan sesuai tidak kira kepada golongan yang kaya, sederhana serta kurang berkemampuan serta boleh dirunding. Ini akan memudahkan pelanggan memilih perkhidmatan yang mengembirakan hari bahagia mereka. Seboleh mungkin kami ingin memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan memandangkan kami mementingkan kepuasan pelanggan dalam memberi khidmat. Kami yakin dan pasti perniagaan yang bakal kami jalankan ini akan berkembang maju sekaligus dapat mencapai matlamat serta objektif perniagaan khususnya memberi kepuasan kepada kami dalam memberi khidmat kepada masyarakat setempat disamping menjana pendapatan.

Visi Syarikat

Menjadikan HN Wedding Exclusive sebuah syarikat yang unggul dan efektif dengan menawarkan mutu perkhidmatan yang terbaik. Bagi merialisasikan misi syarikat, kami ingin memberi manfaat kepada ramai orang dengan menyediakan perkhidmatan perundingan perkahwinan bagi melaksanakan impian majlis perkahwinan yang luarbiasa.

Misi Syarikat

Memberi rundingan yang terbaik untuk pelanggan serta memberi cadangan dan khidmat perkahwinan serta meningkatkan sistem pengurusan efektif dan berkualiti bagi menepati kehendak dan kepuasan pelanggan. Sentiasa berdaya saing dan cekap serta komited untuk peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan, layanan yang ekslusif, cekap dan mahir.

Hanana Group

Tulang Belakang Organisasi

  • Norfazlin Abd Ghafar Pengarah Urusan

    Mempunyai pengalaman selama lebih 8 tahun dan telah banyak menjayakan majlis-majlis perkahwinan dan telah memuaskan hati pelanggan kerana sikap utama pemilik HN Wedding Exclusive ini adalah mengutamakan pelanggan dan sentiasa melakukan segala yang terbaik hanya untuk pelanggannya.
  • Mohd Fairub B Che Rubi Pengurus Operasi

    Menjadi tulang belakang kepada Hanana Group Sdn Bhd. Berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang pengurusan dan telah banyak menjayakan majlis majlis besar samada perkahwinan ataupun majlis majlis koprat. Semua staff akan berada di bawah seliaan beliau.
    Sangat komited dengan tugas yang di beri dan amanah.
  • Cik Nazrul Hazliana Bt Mohd Rejab Pengurus Pentadbiran

    Master in Food Service Management (UiTM). Berpengalaman hampir 5 tahun dalam bidang yang diceburi.Individu yang sangat penting dalam Hanana Group Sdn Bhd. Bertanggungjawab mentadbir syarikat dan menjaga kebajikan pekerja.
    Menyelesaikan semua masalah pekerja dan memantau prestasi pekerja.
  • Cik Nor Farhana Aida Bt Che Rubi Pengurus Grafik

    Degree in Art & Design (UMK), Bertanggungjawab dalam menjaga fb ,ig dan melayan pelanggan di butik. Menyelaras kerja kerja di butik seperti tempahan baju pengantin, tempahan pelamin dan juga katering. Mereka grafik seperti poster poster yang menarik untuk di blast kan di dalam fb serta ig.
    Orang nya manis dan peramah..
  • Norfazlin Abd Ghafar Pengarah Urusan
  • Mohd Fairub B Che Rubi Pengurus Operasi
  • Cik Nazrul Hazliana Bt Mohd Rejab  Pengurus Pentadbiran
  • Cik Nor Farhana Aida Bt Che Rubi  Pengurus Grafik

ALAMAT HQ

NO 92C, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik, Presint 15,
62050 Putrajaya

WAKTU OPERASI

Isnin - Jumaat +
10 AM - 6 PM
Buka Sabtu & Ahad+
10 AM - 6 PM

HUBUNGI

HP +
6017 234 5297
Email +
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sosial Media