TENTANG Hanana
Hanana Group Sdn. Bhd.
PENGENALAN
Syarikat HANANA GROUP SDN. BHD. (No. Syarikat : 201601029884) (HGSB) ditubuhkan pada 06 September 2016. Penubuhan syarikat ini adalah pengembangan daripada syarikat HANANA CATERING & EVENT SOLUTION (NS0120508-M) yang telah beroperasi hampir ENAM (6) tahun.
Perniagaan HGSB berkonsepkan pusat sehenti perkahwinan yang memberi kemudahan kepada setiap pelanggan kami, dimana segala urusan mengenai perkahwinan boleh kami uruskan. Perniagaan kami juga berlandaskan syariah iaitu mengekalkan pematuhan syariah di dalam semua aspek pengurusan dan operasi syarikat, penyediaan kemudahan seperti surau yang dilengkapi dengan tempat wuduk, keperluan ibadah dan arah tunjuk kiblat. Dewan ini juga boleh digunakan untuk majlis akad nikah, majlis pertunangan, majlis sambutan hari jadi, majlis perpisahan, majlis persaraan, majlis graduasi, majlis aqiqah ataupun ulangtahun perkahwinan. Setiap kakitangan HGSB adalah diwajibkan menutup aurat serta mempunyai rekod kesihatan yang baik..
VISI DAN MISI
Menjadi peneraju Pusat Sehenti Perkahwinan yang menjalankan perniagaan katering dan butik pengantin sekaligus menyediakan dewan atau marque tent dengan mengekalkan konsep Islam. Kami berhasrat untuk bergerak maju dengan membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia dan seterusnya mendapat keredhaan Allah S.W.T.
MISI AKAN DATANG
HGSB ingin melebarkan sayap ke luar negara dengan pembukaan restoran halal di beberapa buah negara seperti Korea, Jepun, Arab Saudi dan Turki. Dapat menyediakan makanan halal yang berkualiti dan perkhidmatan yang boleh dipercayai pada harga berpatutan di samping mendapatkan keuntungan yang maksimum berlandaskan konsep Islam di semua sudut pengurusan dan operasi syarikat. Disamping itu dapat membuka peluang pekerjaan kepada umat Islam di seluruh dunia.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Menyediakan Dewan Acara (Lugar De La Boda) di Puchong sejak 2019.
- Perkhidmatan katering (Hanana Catering & Event Solution).
- Perkhidmatan butik pengantin seperti pelamin, baju pengantin dan juga andaman (HN Wedding Exclusive).
- Perkhidmatan perundingcara untuk bakal bakal pengantin.
- Sistem online seperti Facebook, laman web (www.hananagroup.com), Instagram serta Google Adwords bagi memudahkan bakal-bakal pengantin membuat rujukan dari segi pemilihan pelamin, baju pengantin, dekorasi dan sebagainya.
- Kemudahan pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit untuk membuat tempahan atau bayaran penuh.