HGSB

TENTANG KAMI

Hanana Group Sdn. Bhd.

PENGENALAN

Syarikat HANANA GROUP SDN. BHD. (1200825-H) (HGSB) ditubuhkan pada 06 September 2016. Walaupun syarikat ini baru ditubuhkan, penubuhan syarikat ini adalah pengembangan daripada syarikat HANANA CATERING & EVENT SOLUTION (NS0120508-M)  yang telah beroperasi hampir ENAM (6) tahun.

Syarikat HGSB menjalankan perniagaan berasaskan Katering, Butik Pengantin dan juga Dewan Perkahwinan yang di sewa daripada Pihak Kedua (As Sofwah Group Sdn Bhd). Ia dikenali sebagai Hanana Catering & Event Solution untuk perkhidmatan katering, HN Wedding Exclusive untuk pakej pelamin dan andaman. HGSB ini adalah merupakan Syarikat yang PERTAMA di Putrajaya yang mempunyai Syarikat katering, butik pengantin dan juga dewan perkahwinan sendiri di Putrajaya. Perniagaan HGSB  berkonsepkan pusat sehenti perkahwinan yang memberi kemudahan kepada setiap pelanggan kami, dimana segala urusan mengenai perkahwinan boleh di selesaikan di pejabat kami sahaja. Perniagaan kami juga berlandaskan syariah iaitu mengekalkan pematuhan syariah di dalam semua aspek pengurusan dan operasi syarikat,  penyediaan kemudahan seperti  surau di aras 3 yang dilengkapi dengan keperluan ibadah dan arah tunjuk kiblat, kami juga menyediakan ruang untuk akad nikah atau majlis majlis kecil seperti majlis pertunangan, majlis sambutan hari jadi, sambutan majlis perpisahan ataupun ulangtahun perkahwinan. Setiap kakitangan HGSB adalah  diwajibkan menutup aurat serta mempunyai rekod kesihatan yang baik..

Di samping itu, terdapat beberapa perkhidmatan tambahan lain yang disediakan seperti  tempahan menjahit baju pengantin, baju untuk keluarga, penyewaan bilik seminar, khidmat nasihat percuma bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.  Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan-kemudahan lain di sekeliling dewan kami seperti perkhidmatan bas dan teksi, kedai serbaneka 7-Eleven, Mydin, Bank, 99speedmart dan juga JPAM. Pihak HGSB juga menyediakan anggota RELA untuk mengawal lalu lintas ketika majlis sedang berlangsung bagi mengelakkan kesesakan.

Justeru  itu, perniagaan ini berpotensi tinggi dalam memenuhi permintaan pelanggan untuk mengadakan majlis selain di rumah ditambah dengan kekangan kawasan kejiranan dan juga kekangan masa untuk melakukan kerja kerja merewang sebelum majlis sepertimana di lakukan pada zaman dahulu kala. Pemilihan para pelanggan untuk tujuan mengadakan majlis di dewan semakin mendapat sambutan. Kami adalah penyelesai atau pilihan alternatif bagi mereka yang ingin mengadakan sebarang majlis yang melibatkan kenduri kendara. Harga pakej yang kami tawarkan juga adalah sangat berpatutan dan sangat berbaloi.

VISI DAN MISI

Menjadi peneraju Pusat Sehenti Perkahwinan  yang menjalankan perniagaan katering dan butik pengantin sekaligus menyediakan dewan atau marque tent  dengan mengekalkan konsep Islam dan bertemakan taman  di semua tempat perkahwinan di bawah HANANA GROUP SDN BHD ini. Kami berhasrat untuk bergerak maju dengan membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia dan seterusnya mendapat keredhaan Allah S.W.T.

MISI AKAN DATANG

HGSB ingin melebarkan sayap ke luar negara dengan pembukaan restoran halal di beberapa buah negara seperti Korea, Jepun, Arab Saudi dan Turki. Dapat menyediakan makanan halal  yang berkualiti dan perkhidmatan yang boleh dipercayai pada harga berpatutan di samping mendapatkan keuntungan yang maksimum berlandaskan konsep Islam di semua sudut pengurusan dan operasi syarikat. Disamping itu dapat membuka peluang pekerjaan kepada umat Islam di seluruh dunia.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Menyediakan Dewan Acara (Dirgahayu Putrajaya) di Putrajaya sejak 2017.
  • Menyediakan Dewan Acara (Lugar De La Boda) di Puchong sejak 2019.
  • Perkhidmatan katering (Hanana Catering & Event Solution).
  • Perkhidmatan butik pengantin seperti pelamin, baju pengantin dan juga andaman (HN Wedding Exclusive).
  • Perkhidmatan perundingcara untuk bakal bakal pengantin.
  • Sistem online seperti Facebook, laman web (www.hananagroup.com), Instagram serta Google Adwords bagi memudahkan bakal-bakal pengantin membuat rujukan dari segi pemilihan pelamin, baju pengantin, dekorasi dan sebagainya.
  • Kemudahan pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit untuk membuat tempahan atau bayaran penuh.