Checklist Kahwin!

Jangan Ambil Mudah!

 

DARI MERISIK, BERTUNANG, KAHWIN

Hai guys! 2020 hampir melabuhkan tirai tinggal lagi beberapa minggu jer lagi ni.

Mesti ramai yang dah plan nak kahwin tahun depan kan? Tapi korang dah buat checklist siap-siap ker untuk masuk ke fasa baru nanti? Adat kita orang Melayu yang melibatkan kahwin ni banyak langkah dan pantang larangnya.

Tetiba terpanggil nak share serba sikit apa yang perlu dilakukan sebelum menjalankan majlis. Mengikut adat orang kita beberapa urusan yang perlu dilakukan bermula dari:

  • MERISIK
  • BERTUNANG
  • AKAD NIKAH
  • MAJLIS

Kenapa pentinya CHECKLIST ni untuk bakal pengantin kita? Ini untuk memastikan susun atur perjalanan lebih teratur dan supaya pasangan pengantin mampu merancang dengan baik antara satu sama lain baik sesama sendiri mahupun dari pihak keluarga pengantin tu sendiri. Yelah semua ni perlukan masa. Nak cari dewan laa nak cari katering lagi tapi kalau korang tengah cari yang PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN boleh hubungi kami okay 😍

Checklist Kahwin – MERISIK

Adat Merisik

Yang pertama sekali MERISIK! Yes mengikut adat Melayu kita merisik ni adalah langkah pertama sebelum bertunang. Tapi trend sekarang jarang sekali buat majlis merisik ni. DID YOU KNOW? Merisik membawa maksud ‘menyelidik secara diam-diam’ bunga yang ingin di sunting. Pentingnya merisik ni nak tahu status si bunga samada masing single ataupun dah berpunya. Selain bertanyakan status wanita yang bakal di sunting, penting juga untuk bertanya khabar keluarga pihak perempuan untuk mejalinkan hubungan yang lebih dekat dan rapat. Tips untuk merisik bagi pihak lelaki:

  1.  Wakil yang sesuai untuk bercakap : seeloknya datang bersama keluarga supaya perbincangan di lakukan lebih lancar dan pastikan wakil adalah seorang yang petah berkata-kata
  2. Cincin Merisik: cukuplah sekadar sebentuk cincin belah rotan
  3. Rombongan yang sederhana
  4. Mematuhi keputusan pihak perempuan : adakalanya ‘unexpected decisions happen’ sebab tu penting merisik dan majlis di lakukan secara besederhana dan pihak lelaki hendaklah mematuhi segala keputusan yang di beri oleh pihak perempuan

Checklist Kahwin – BERTUNANG

Okay NEXT! Majlis Pertunangan yang sememangnya ramai orang kita selalu buat sebelum move to next step. Apa itu tunang / bertunang? Mengikat janji antara satu sama lain untuk menjadi suami isteri. Ada sesetengah pihak akan skip merisik dan terus jump to bertunang.

  • Dan kebiasaan fasa ni pihak pengantin akan membawa lebih ramai rombongan dan menyediakan beberapa dulang hantaran.

Apa yang perlu disediakan untuk majlis pertunangan?

  • Sebentuk cincin (kebiasaan cincin belah rotan)
  • Mini pelamin untuk sesi sarung cincin (ini adalah pilihan pihak keluarga perempuan)
  • Jamuan kecil-kecilan

Antara yang dibincangkan pada hari pertunangan:

  • Tarikh akad nikah & majlis resepsi
  • Jumlah hantaran dan juga mas kahwin
  • Jumlah dulang hantaran bagi kedua belah pihak

Checklist Kahwin – NIKAH

CHOPPP!! Sebelum tuh make sure check dulu apa yang korang perlu buat sebelum majlis nikah. Hangpa jangan buat kalut pulak ya. Check dulu 3 bulan sebelum majlis apa yang perlu disediakan. Antara yang perlu di lakukan bakal pengantin:

  • Menghadiri Kursus Kahwin

Ramai yang lupa hal paling penting ni. WAJIB untuk semua pasangan bakal pengantin untuk menghadiri kursus perkahwinan seeloknya 3 bulan SEBELUM majlis. Kenapa pentinya kursus ni? Ini untuk setiap pasangan memahami dan tahu tanggungjawab masing-masing selepas kahwin. Dalam rumah tangga ni banyak naik turunnya jadi kursus kahwin ni untuk mengajar pasangan erti rumah tangga dalam Islam. Segala topik berkaitan perkahwinan akan dibincangkan sepanjang kursus ini. P/S: seelok-eloknya hadir kursus 3 bulan sebelum majlis

  • Memilih Tarikh Akad Nikah & Majlis

Okay perkara utama jangan di lupa geng. Tarikh untuk akad nikah dan juga majlis resepsi nanti. Kebiasaannya tarikh ni sudah di bincangkan sewaktu majlis merisik/tunang. Ramai yang pilih tarikh majlis pada cuti sekolah atau cuti perayaan yelah ramai yang cuti waktu tu. Check out untuk pilih tarikh yang sesuai bagi tahun 2021.

Dalam kesibukan ada pasangan akan memilih dewan untuk melangsungkan majlis. Tempat majlis adalah perkara utama selepas tarikh majlis ditetapkan. Selain dewan bakal pengantin boleh survey untuk katering, jurusolek, photographer dan lain-lain. Sangat di sarankan untuk mencari dewan awal-awal takut last minute harga tempahan dewan jadi mahal atau tarikh yang di inginkan tu dah ada orang lain ambil. Kalau tak nak pening boleh cari Wedding Planner yang offer FULL PACKAGE yang menawarkan pakej dari A sampai Z. Biar mereka yang uruskan majlis korang dari dewan, pelamin, busan, katering dan yang lain. Boleh BOOK dengan kami kalau nak FULL PACKAGE. Kami menjanjikan servis yang terbaik dan juga wedding planner yang berpengalaman.

  • Kad Kahwin

 

Lepas dah pilih tarikh dengan tempat majlis boleh laa tempah kad kahwin pulak kan. Mostly sekarang ramai yang buat e-kad sebab senang nak invite melalui whatsapp tapi kad kahwin fizikal juga penting. Kad kahwin fizikal ni cukup la 100-300 keping dan biasanya kad fizikal di edarkan kepada saudara atau kawan-kawan kepada ibu bapa kedua belah pihak. Antara isi kandungan yang penting tarikh dan juga alamat berlangsungnya majlis nanti.

  • Menjalani Ujian HIV

Mungkin ramai yang lupa untuk membuat atau menjalani ujian HIV terlebih dahulu. Amat penting untuk bakal pengantin membuat ujian HIV ini untuk mengelak daripada berlaku jangkitan sekiranya pasangan pembawa HIV. Hal ini akan menjadi teruk dan parah lagi, jika anda tidak buat ujian saringan ini, dan pasangan pula pembawa HIV, ditakuti anak yang akan lahir turut mendapat HIV. Sebelum keadaan menjadi parah lebih baik kita cegah dahulu daripada terlambat.

  • Hantaran

Menjadi tradisi kista orang Melayu adanya hantaran. Kebiasaan hantaran yang diterima 5 dari belah lelaki dan dibalas 7 dulang oleh pihak perempuan tapi apa-apa pun bergantung kepada pihak pengantin itu sendiri. Pastikan persediaan untuk barang hantaran tidak di buat pada saat-saat akhir tak nak nanti jadi kalut ribut.

  • Mas Kahwin & Duit Hantaran

Duit hantaran kebiasaannya sudah dibincangkan pada majlis merisik atau bertunang dan duit hantaran ini disediakan oleh pihak pengantin lelaki untuk pengantin perempuan dan digunakan untuk majlis nanti atau di simpan sahaja untuk kegunaan di hari lain.


Akhir khalam ….

Semoga persediaan yang dilakukan oleh kedua belah pihak perempuan ataupun lelaki berjalan dengan lancar. Harapan majlis akan berjalan seperti yang dirancang. Dapatkan pakej lengkap dengan dewan, katering, busana, photographer, MUA, PA System, MC, RELA di LUGAR DE LA BODA PUCHONG